Lampard sasar Piala FA

Lampard sasar Piala FA

LONDON,. Frank Lampard sudah bersedia untuk melengkapkan musim sulung yang baik sebagai pengurus Chelsea dengan mengetuai Blues mencatat kemenangan dalam Piala FA berdepan Arsenal, awal pagi Ahad ini.

Lampard melalui empat kemenangan dalam Piala FA sebagai pemain Chelsea namun meraih trofi pertama selepas bergelar pengurus akan menjadi saat lebih bermakna buat pengendali berusia 42 tahun itu.

Selepas mengemudi Chelsea ke Liga Juara-Juara menerusi kedudukan empat teratas Liga Perdana, Lampard akan ke Wembley bagi mencari rentak positif.

Ia adalah bukti kemampuan Lampard, dalam hanya musim keduanya sebagai pengurus, dia meletakkan Chelsea sebagai pasukan yang semakin meningkat hanya selepas 12 bulan kelab itu bergelut.

Ketika Lampard tiba di Stamford Bridge pada Jun 2019 selepas semusim menjadi bos bersama pasukan divisyen dua, Derby, dia menggembirakan penyokong yang memberi sokongan selama 13 tahun dia di kelab berkenaan.

Namun begitu ramai pengkritik maragui sama ada Lampard adalah orang yang tepat membawa Chelsea kembali ke landasan selepas masalah dicipta Maurizio Sarri.

Sarri bertelagah dengan beberapa bintang Chelsea, mengasingkan mereka dengan corak latihan berbeza dan taktikal sukar difahami.

Menyelesaikan masalah dalam bilik persalinan Chelsea bukanlah hanya satu masalah dihadapi Lampard, dia juga perlu melalui pengharaman perpindahan pemain musim panas lalu dan penjualan pemain tengah Belgium, Eden Hazard ke Real Madrid.

“Banyak yang tidak menentu ketika saya datang ke sini, bolehkah kami meneruskannya tanpa Eden Hazard? Kami sedar kami hilang pemain besar,” kata Lampard.

“Kami memiliki semangat sebenar dalam kumpulan ketika ini dan ia benar-benar usaha berpasukan.” – AFP

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)