Langkah Tegas Kerajaan: Sistem Pemantauan Digital Akan Tangani Kebocoran Data Peribadi

Langkah Tegas Kerajaan: Sistem Pemantauan Digital Akan Tangani Kebocoran Data Peribadi

KUALA LUMPUR, 19 Februari 2025 – Dalam usaha memerangi aktiviti jualan data peribadi secara haram, Kementerian Digital akan memperkenalkan sistem perisikan canggih yang direka untuk memantau dan menjejak aktiviti mencurigakan di laman gelap.

Menteri Digital, Gobind Singh Deo, menyatakan bahawa sistem ini, yang dikenali sebagai Projek Keupayaan Automasi Sokongan Perisikan Bagi Pengurusan Kes Ketirisan Data Peribadi, akan mula beroperasi dalam suku kedua tahun 2025.

“Kami menyedari peningkatan transaksi data peribadi yang dijual secara haram. Sistem ini akan membantu pihak berkuasa mengesan dan mengawal aktiviti tersebut sebelum ia menjadi lebih parah,” katanya.

Selain itu, Pesuruhjaya Perlindungan Data Peribadi (PDP) akan menggandakan usaha pemantauan, termasuk melakukan serbuan ke atas syarikat yang disyaki terlibat dalam kebocoran data serta memperhebat kesedaran awam mengenai keselamatan maklumat peribadi.

Bagi memperkukuh keselamatan siber negara, kerajaan juga akan menubuhkan Akademi Keselamatan Siber Malaysia, dengan fokus melatih tenaga kerja mahir dalam bidang keselamatan digital, bagi menangani ancaman siber dengan lebih berkesan.

gerbangpost.com

CATEGORIES
Share This

COMMENTS Wordpress (0) Disqus ( )