Lapangan Terbang Seattle bakal guna teknologi pengecaman wajah

Lapangan Terbang Seattle bakal guna teknologi pengecaman wajah

SAN FRANCISCO,. Lapangan Terbang Antarabangsa Seattle-Tacoma (Sea-Tac) di Washington, Amerika Syarikat bakal memperkenalkan teknologi pengecaman wajah kepada pelancong antarabangsa menjelang akhir tahun ini, lapor agensi berita Xinhua.

Pelancong yang menggunakan perkhidmatan US Delta Air Lines, syarikat penerbangan kedua terbesar Sea-Tac, perlu melalui sistem pengecaman wajah ketika berada di lapangan terbang untuk mempercepatkan proses menaiki pesawat, memetik The Seattle Times pada Ahad.

Akhbar itu melaporkan Delta akan menjadi syarikat penerbangan pertama mengguna pakai teknologi baharu berkenaan menjelang akhir Disember 2019.

Sistem itu telah dipasang di enam lapangan terbang di negeri ini, bertujuan memberikan perkhidmatan yang lebih baik dan cepat kepada pelanggan.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )