Lapuran Laksana Keempat -MOF

YB TENGKU DATO’ SRI ZAFRUL TENGKU ABDUL AZIZ MENTERI KEWANGAN

 

LAPORAN LAKSANA KEEMPAT PELAKSANAAN PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI

PRIHATIN RAKYAT (PRIHATIN)

 

Assalamulaikum WBT dan Salam Terima kasih kerana bersama saya dalam laporan Laksana Ke-4 pada hari ini.

Mulai semalam, 4 haribulan Mei, kita telah memasuki fasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat atau PKPB dan lebih banyak sektor ekonomi telah dibenarkan dibuka.

Saya dapat lihat banyak perniagaan mula beroperasi, dan ramai daripada saudara dan saudari akan memasuki pejabat buat kali pertamanya sejak PKP bermula pada 18 Mac, iaitu lebih kurang 48 hari yang Harap-harap semuanya berjalan lancar.

Sehubungan itu, saya berharap semua majikan dan pekerja memberi sokongan dan kerjasama yang jitu dalam mematuhi SOP yang telah dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara serta garis panduan kesihatan dan keselamatan oleh Kementerian Kesihatan

Di sini saya ingin berpesan, menjaga kesihatan diri, ahli keluarga dan rakan sekerja dan jiran di sekeliling kita merupakan matlamat Pencarian rezeki dalam era norma baharu ini bergantung kepada kesihatan semua. Kesihatan baik saudara saudari boleh menjamin kesejahteraan keluarga dan ekonomi negara.

Marilah kita amalkan tabiat saling pesan-berpesan, mengingati mereka sekeliling kita jika mereka tidak mengikuti SOP atau Jika kita terlihat rakan, keluarga dan juga ahli komuniti kita mengabaikan garispanduan dan SOP bila berada di kedai-kedai, di pasaraya atau mana-mana kawasan awam, tegurlah mereka dengan baik dan penuh sopan, ingatkan mereka perlu mengikuti penjarakan sosial dan garispanduan yang disaran Kerajaan. Jangan malu-malu mengingatkan, ini tanggungjawab kita bersama dan kita lakukan kerana kita sayangkan rakyat dan negara kita.

Saudara saudari yang saya Seperti yang dikatakan oleh YAB Perdana Menteri, pembukaan semula ekonomi melalui Fasa PKP Bersyarat ini adalah sebahagian daripada strategi Kerajaan dalam menangani krisis Covid-19. Strategi Kerajaan terdiri daripada 6 pendekatan, ataupun dikenali sebagai “6R”. Izinkan saya berkongsi secara ringkas:

 

  1. Pertama ialah ketegasan ataupun resolve dalam mengawal Covid-19 melalui pelaksanaan PKP;
  2. Kedua, membina ketahanan atau resilience melalui pakej Rangsangan ekonomi PRIHATIN demi kelangsungan rakyat dan ekonomi;
  3. Ketiga, ialah menjana semula atau restart ekonomi secara teratur dan terkawal;
  4. Keempat, melaksanakan strategi pemulihan atau recovery ekonomi melalui pelan jangka masa pendek dan sederhana;
  5. Kelima, memperkasa atau revitalize ekonomi secara menyeluruh; dan
  6. Keenam, menyusun semula atau reform struktur ekonomi untuk kita melangkah ke era ‘new normal’.

Keenam-enam pendekatan ini sebenarnya adalah demi kesejahteraan “R” yang ketujuh – iaitu Rakyat. Kita kini berada di tahap ketiga, iaitu untuk menjana semula Tetapi, kita perlu mengimbangi kepentingan kesihatan awam dengan keperluan untuk menjana semula ekonomi. Dan setelah mengambilkira maklumbalas dari pelbagai pihak termasuk Kementerian Kesihatan, Kerajaan telah membuat keputusan untuk membuka ekonomi secara teratur dan terkawal. Tetapi, ini tidak bermakna anda mesti membuka perniagaan jika anda tidak bersedia, Kerajaan tidak memaksa. SOP yang ditetapkan adalah sebagai garis panduan untuk mereka yang ingin memulakan operasi demi kelangsungan perniagaan masing-masing.

 

Saudara dan saudari yang dihormati,

Dalam Fasa PKPB ini, pelaksanaan Pakej PRIHATIN masih diteruskan demi mencapai matlamatnya iaitu lindungi rakyat, sokong perniagaan dan perkukuh

Izinkan saya berkongsi beberapa pencapaian terkini secara

Pertama, daripada 10 langkah utama PRIHATIN, kesemuanya telah pun mula dilaksanakan. Ini mewakili 95% daripada keseluruhan nilai PRIHATIN iaitu RM260 bilion;

Kedua, pada minggu yang lalu, permohonan telah dibuka pada 1 Mei untuk Geran Khas PRIHATIN (GKP) untuk PKS Kerajaan telah memperuntukkan RM2.1 bilion di mana RM3,000 akan diberikan kepada setiap PKS Mikro yang aktif yang berdaftar dengan LHDN, SSM dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) pada 31 Disember 2019. Permohonan dibuka sehingga 15 Mei 2020. Keputusan akan diumumkan pada minggu pertama bulan Jun dan pembayaran dijangka akan dibuat pada hujung bulan Jun. Untuk maklumat lanjut, silalah layari gkp.hasil.gov.my.

Selain itu, permohonan untuk skim jaminan pinjaman Danajamin bernilai RM50 bilion juga telah bermula pada 1 april

Saudara dan saudari yang dihormati.

Seterusnya saya akan berkongsi status pencapaian beberapa langkah-langkah terpilih di bawah Matlamat Pertama PRIHATIN iaitu Lindungi

 Pertama ialah Bantuan PRIHATIN Nasional atau BPN.

Bagi Fasa Pertama BPN, pembayaran sebanyak 5 billion telah dibuat kepada 7.78 juta penerima, ini adalah peningkatan daripada 7.74 juta penerima dengan jumlah sebanyak RM5.47 bilion minggu lepas dan juga melibatkan mereka tanpa akaun bank yang telah menunaikan BPN di cawangan Bank Simpanan Nasional.

Selain itu, mulai 4 Mei, pembayaran Fasa Kedua akan dibuat secara berperingkat kepada 3 juta penerima B40 dan M40 yang diluluskan sebelum ini, bernilai RM3.7 bilion.

Sehingga 29 April 2020, hampir 2 juta permohonan baharu dan rayuan telah diluluskan melibatkan jumlah sebanyak 5 bilion. Dengan perkembangan terkini, adalah dijangka peruntukan tambahan sekurang-kurangnya RM1 billion diperlukan di atas peruntukan asal sebanyak RM10 bilion. Sukacita juga saya mengumumkan bahawa pembayaran untuk permohonan baharu dan rayuan yang layak akan dibuat bermula pertengahan bulan Mei.

Kedua, program i-Lestari KWSP. Sehingga 3 Mei 2020, KWSP telah meluluskan lebih 5 juta permohonan berjumlah RM1.66 bilion. Bayaran yang diluluskan akan dikreditkan ke dalam akaun bank ahli bermula semalam, 4 Mei hingga 18 Mei.

Ketiga, juga di bawah KWSP adalah pengurangan caruman pekerja daripada 11% ke 7%. Sehingga hujung April, jumlah pengurangan caruman yang diterima oleh ahli KWSP dianggarkan sebanyak RM977 juta Adalah diharap jumlah ini dapat sedikit-sebanyak membantu aliran tunai buat ahli-ahli KWSP yang memerlukan.

Selain itu, KWSP akan menyambung semula perkhidmatan di cawangan tertentu mulai esok, 6 Mei. Ini adalah untuk memudahcara urusan oleh ahli-ahli yang Temujanji boleh dibuat melalui melalui laman web www.kwsp.gov.my bermula hari ini, 5 Mei.

Keempat, bagi pembayaran one-off untuk Pelajar IPT sebanyak RM200 yang telah bermula minggu lalu, bayaran telah pun dibuat kepada 1 juta pelajar Dijangkakan keseluruhan peruntukan sebanyak RM300 juta akan disempurnakan bayarannya menjelang 10 Mei 2020.

Saudara dan saudari yang dihormat,

Seterusnya saya ingin berkongsi status pelaksanaan langkah- langkah di bawah Matlamat Kedua PRIHATIN iaitu “Sokong Perniagaan”.

 

Pertama, Dana Pinjaman Mudah PKS (SME Soft Loans Funds).

Pada minggu lalu, sehingga 26 April 2020, pinjaman di bawah Dana Pinjaman Mudah PKS yang telah diluluskan oleh bank dan disetujuterima oleh PKS adalah 5 bilion melibatkan 3,363 PKS.

Sehingga 3 Mei 2020, jumlah kemudahan yang disetujuterima oleh PKS adalah berjumlah RM3 bilion kepada 6,840 Majoriti jumlah ini adalah dari Kemudahan Bantuan Khas atau Special Relief Facility (SRF) di mana PKS boleh memohon pembiayaan sebanyak RM1 juta dengan kadar faedah 3.5%, dan di mana 80% dari jumlah pembiayaan dijamin. Alhamdulillah, sambutan untuk kemudahan ini amat menggalakkan dan saya berharap ia digunakan dengan penuh manfaat.

Kedua, Skim Pinjaman Mikro Kredit: Sehingga 29 April 2020, daripada RM700 juta kredit-mikro yang ditawarkan pada kadar faedah 0% oleh BSN dan TEKUN Nasional, RM132 juta telah Daripada jumlah ini, BSN telah meluluskan RM90 juta kepada 2,000 PKS Mikro dan TEKUN telah meluluskan RM42 juta kepada 5,000 PKS Mikro. Alhamdulillah, saya berharap skim pinjaman ini dapat terus dimanfaat oleh PKS Mikro.

Ketiga program Subsidi Upah. Sehingga 3 Mei 2020, sebanyak 9 bilion subsidi upah telah diluluskan. Ini akan memanfaatkan 235,000 majikan dan melibatkan 1.7 juta pekerja. Ini adalah peningkatan daripada 195,000 majikan melibatkan 1.5 juta pekerja dalam laporan minggu lalu.

Keempat, program e-CAP KWSP ataupun Program Bantuan Majikan Covid-19. Pada minggu lalu, saya telah mengumumkan bahawa permohonan untuk program e-CAP telah bermula pada 24 April Sehingga 1 Mei 2020, sebanyak 10,500 permohonan telah diterima oleh KWSP untuk mendapatkan.

Kelima, Program Pengekalan Pekerja atau Employee Retention Programme (ERP) di bawah PERKESO. Program ini bertujuan untuk memberi sokongan sebanyak RM600 sebulan selama 6 bulan kepada pekerja yang bercuti tanpa Sebelum ini pada 16 Mac 2020, ERP telah diluluskan oleh Majlis Tindakan Ekonomi dengan peruntukan sebanyak RM120 juta. Sehingga hujung April, lebih 52,000 pekerja telah diterima dan diluluskan. Sehubungan dengan itu, selaras dengan hasrat Kerajaan untuk menyokong kelangsungan perniagaan dan melindungi pekerjaan rakyat, dan dalam kita memasuki Fasa PKPB ini, Kerajaan telah bersetuju untuk menambah peruntukan untuk ERP sebanyak RM120 juta (keseluruhan berjumlah RM240 juta).

Saudara dan saudari yang dihormati,

Dalam setiap perkongsian laporan ini, sering kali fokusnya adalah pada angka-angka status Namun begitu, saya ingin mengingatkan diri saya dan juga anda semua, bahawa bantuan ini lebih daripada angka semata-mata: Ia adalah mengenai kehidupan dan nyawa rakyat. It is about real people, real lives, real livelihoods.

 Oleh itu, sebelum saya mengakhiri laporan minggu ini, saya ingin berkongsi 2 video ringkas mengenai bagaimana BPN telah dapat membantu penerimanya dalam kehidupan

Yang pertama adalah mengenai ibu tunggal Cik Siti Hartika Shaari dari Cheng, Beliau telah menggunakan BPN sebagai modal memulakan perniagaan pakej barangan dapur basah untuk menjana pendapatan, dan kini menggajikan 3 orang pekerja.

Yang kedua adalah mengenai peniaga buah di Kepala Batas, Saudara Muhammad Azizi Azizan, yang menggunakan BPN sebagai modal tambahan berniaga buah dari rumah ke rumah sepanjang tempoh

Kepada Cik Siti dan Muhammad Azizi, penerima BPN yang lain dan juga kepada mereka yang telahpun memulakan perniagaan di Fasa PKP Bersyarat ini, saya ucapkan selamat maju

Sekarang, apa yang lebih penting adalah untuk kita melihat ke Kerajaan telah pun memulakan usaha untuk merangka pelan pemulihan semula ekonomi dalam jangka masa pendek, sederhana dan panjang. Pada kesempatan ini, saya ingin menjemput orang ramai dan perniagaan untuk berkongsi cadangan bagi langkah-langkah jangka pendek melalui laman web Kementerian Kewangan – www.treasury.gov.my.

InshaAllah, pelan pemulihan ekonomi ini akan dibentangkan di akhir bulan  Pelan  ini  bertujuan  untuk  memastikan  kelangsungan perniagaan dan pertumbuhan ekonomi negara demi kesejahteraan rakyat.

Sebelum mengundurkan diri izinkan saya menyampaikan serangkap pantun:

 

Indah sungguh jati di pahat

Penyeri peti kamar nakhoda

Kalau negara mahu selamat

Patuhi SOP dengan setia

 

Sekian, sehingga kita berjumpa lagi di minggu hadapan, wabillahitaufik Assalamualaikum wbt, stay safe, dan salam hormat.

 

 

 

 

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)