Lebih 15,000 pendatang tanpa izin ditahan sejak Mei 2020

KUALA LUMPUR,. Seramai 15,754 pendatang tanpa izin ditahan menerusi Operasi Benteng (Ops Benteng) di bawah ‘National Task Force’ bagi tempoh Mei 2020 hingga Selasa lalu (7 Sept), kata Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau berkata bagi tempoh sama, seramai 2,232 pendatang tanpa izin diusir dalam operasi yang melibatkan 19 agensi termasuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia.

“Selain pendatang tanpa izin, seramai 1,148 orang tekong dan 781 penyeludup turut ditangkap dalam tempoh yang sama.

“Dari sudut rampasan pula, saya dimaklumkan bahawa sebanyak 2,381 kenderaan darat dan 540 buah kapal/bot berjaya dirampas,” kata Hishammuddin dalam catatan di Facebook rasminya hari ini.

Beliau berkata selari dengan matlamat utama pelaksanaan Ops Benteng, ATM akan terus berusaha dan bekerjasama rapat dengan semua agensi terbabit, bagi mengawal ketat sempadan negara daripada kemasukan pendatang tanpa izin di samping mengekang penularan wabak COVID19 yang mungkin dibawa golongan berkenaan.

– BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )