Lebih 60,000 dipindahkan ekoran kebakaran hutan di California

WASHINGTON,. Kira-kira 60,000 penduduk di California, tenggara Los Angeles dipindahkan berikutan kebakaran hutan yang berlaku di kejiranan Orange County sejak Isnin pagi, lapor Agensi Anadolu.

Kebakaran membabitkan kira-kira 4,000 ekar kawasan, menurut pegawai tempatan.

Penduduk di sekitar lokasi kejadian turut dinasihatkan supaya mematuhi arahan berpindah. Setakat ini, 20,000 telah dipindahkan.

“Bandar Irvine dijadikan pusat penempatan sementara untuk penduduk yang terjejas,” kata Datuk Bandar Irvine Christina Shea dalam satu kenyataan.

Kira-kira 500 anggota bomba dikerahkan untuk membantu memadamkan api. Usaha memadam kebakaran berdepan cabaran ekoran angin kencang dengan kelajuan mencecah 97-113 kilometer sejam.

Keadaan itu juga memaksa operasi udara dihentikan buat sementara waktu, menurut pihak berkuasa kebakaran Orange County.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )