Lebih banyak pengecualian MyTravelPass bermula Jumaat – Imigresen

Lebih banyak pengecualian MyTravelPass bermula Jumaat – Imigresen

KUALA LUMPUR: Pelajar baharu yang mendapat tawaran di universiti luar negara bersama dua pengiring antara yang dikecualikan daripada memohon kelulusan melalui MyTravelPass (MTP) mulai Jumaat ini.

Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata pengecualian sama juga diberikan kepada pelajar lama yang menyambung pelajaran dan pelajar yang menduduki peperiksaan, bersama dua pengiring.

Beliau berkata turut dikecualikan adalah bagi kategori urusan kecemasan seperti kematian dan sakit kritikal, bertemu isteri atau suami di luar negara yang perkahwinan didaftarkan di luar negara, menyertai acara sukan, seminar dan mesyuarat serta menyertai misi bantuan kemanusiaan.

“Diplomat Malaysia dan diplomat asing kekal tidak perlu memohon MTP seperti ketetapan sedia ada,” katanya dalam kenyataan hari ini. Bagi memudahkan urusan, beliau menasihatkan warganegara yang diberi pengecualian itu untuk menyediakan semua dokumen berkaitan tujuan perjalanan dan ditunjukkan kepada pegawai Imigresen yang bertugas di mana-mana kaunter pintu masuk negara.

Berikut senarai rakyat Malaysia yang diberikan pengecualian yang berkuat kuasa 1 Oktober ini: –
1. Pelajar yang baru mendapat tawaran belajar di universiti luar negara, bersama 2 orang pengiring;
2. Pelajar lama yang menyambung pelajaran di luar negara bersama 2 orang pengiring;
3. Pelajar yang menduduki peperiksaan di luar negara bersama 2 orang pengiring;
4. Urusan kecemasan seperti kematian dan sakit kritikal;
5. Bertemu isteri atau suami di luar negara di mana perkahwinan hanya didaftarkan di luar negara;
6. Menyertai acara sukan, seminar dan mesyuarat;
7. Menyertai misi bantuan kemanusiaan.

-Dino

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)