Lelaki dipercayai warga asing dibunuh

KUALA LUMPUR,. Seorang lelaki ditemukan mati dipercayai dibunuh di sebuah pangsapuri di Bandar Putra Permai, Seri Kembangan di sini, hari ini.

Mayat lelaki dipercayai warga asing itu, dijumpai berlumuran darah di tingkat bawah berhampiran tangga pangsapuri itu, kira-kira pukul 10 malam tadi.

Menurut polis, lelaki itu dipercayai ditikam dalam satu pergaduhan, bagaimanapun bilangan mereka yang terlibat masih disiasat.

Mayat dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat dan polis masih menyiasat punca kejadian.

Setakat ini tiada tangkapan dibuat.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )