
Lelaki Maut Dirempuh Batu 50kg Ketika Menunggang Motosikal
Seorang penunggang motosikal warga Bangladesh maut selepas motosikalnya terbabas akibat terkena bongkah batu besar di Jalan Paya Terubong, George Town, pada awal pagi Jumaat lalu.
Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintenden Lee Swee Sake berkata kejadian berlaku sekitar jam 1.10 pagi ketika mangsa, 34, dalam perjalanan dari Bayan Lepas ke Farlim.
“Siasatan mendapati batu seberat 50kg itu terjatuh dari lereng bukit dan terkena kepala mangsa sebelum dia terjatuh ke atas jalan,” katanya.
Mangsa meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah di kepala dan muka. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Mayat telah dibawa ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat.