Lelaki OKU miliki enam rekod jenayah lampau, ditahan bersama ganja

SEREMBAN,. Polis menahan seorang lelaki Orang Kelainan Upaya (OKU) yang lumpuh separuh badan disyaki terlibat dengan aktiviti pengedaran dadah.

Ketua Polis Daerah Seremban ACP Mohd Said Ibrahim berkata, suspek berusia 45 tahun dan mempunyai enam rekod jenayah lampau berkaitan dadah itu, ditahan ketika sedang memandu di Taman Nusari Bayu di sini, Rabu lepas.
“Bertindak atas maklumat, pada 18 September lalu sepasukan polis dari Ibu pejabat Polis Daerah Seremban telah menahan sebuah kereta dinaiki suspek.

“Pemeriksaan lanjut yang dijalankan oleh pihak polis telah menemui dua ketulan mampat dipercayai dadah jenis ganja dianggarkan seberat 955 gram yang diletakkan di bahagian tempat duduk belakang kereta tersebut,” katanya dalam satu kenyataan media di sini pada Isnin.
Mohd Said berkata nilai rampasan dianggarkan RM4,000 dan hasil ujian saringan awal air kencing yang dilakukan keatas suspek didapati positif dadah jenis ganja.

Katanya suspek ditahan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah mulai Khamis hingga Rabu ini, bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )