Leong Jun Hao meneruskan rentak dengan aksi cemerlang ke suku akhir

Leong Jun Hao meneruskan rentak dengan aksi cemerlang ke suku akhir

KUALA LUMPUR,. Pemain perseorangan lelaki negara Leong Jun Hao meneruskan aksi cemerlang apabila menewaskan pemain ranking ke-11 dunia Chou Tien Chen dari Taiwan pada pusingan kedua Terbuka Indonesia 2024 di Jakarta hari ini.

Pemain ranking ke-32 itu berdepan cabaran getir sebelum menundukkan Tien Chen 21-18, 13-21, 21-17 dalam tempoh 67 minit di Istora Senayan untuk mengesahkan tiket ke suku akhir.

Jun Hao yang mengejutkan pemain tuan rumah yang juga pilihan ketiga kejohanan Jonatan Christie pada pusingan pembukaan semalam bakal berdepan juara Sukan Asia Li Shi Feng dari China, esok.

Shi Feng, pemain pilihan keenam kejohanan menewaskan Christo Popov dari Perancis 21-11, 21-13, dalam satu lagi perlawanan pusingan kedua.

Sementara itu beregu lelaki nombor satu negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik menamatkan saingan di kejohanan berkenaan setelah tewas kepada beregu bukan pilihan Lu Ching Yao-Yang Po Han dari Taiwan 16-21, 14-21.

– BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)