
Liga Europa: Arsenal teruskan kempen, Hotspur tersandung di tangan Dinamo
PARIS: Arsenal mara ke suku akhir Liga Europa sungguhpun menelan perit kekalahan kepada Olympiakos dalam perlawanan kedua pada Khamis, sementara Mislav Orsic menghasilkan hatrik hebat dan Dinamo Zagreb menyingkirkan Tottenham Hotspur selepas masa tambahan.
Rembatan Youssef El-Arabi pada separuh masa kedua memberi kemenangan kepada pasukan Olympiakos di Emirates tetapi Arsenal mara dengan agregat 3-2, menebus kekalahan mereka kepada pasukan Greek itu dalam peraturan gol tempat lawan musim lepas.
“Amat berbesar hati untuk mara. Kami menghadapi tentangan hebat. Kadang-kala kita harus adil dengan diri sendiri – kami tidak menampilkan prestasi yang seharusnya,” kata jurulatih Arsenal Mikel Arteta.
Dalam perlawanan lain, pasukan Spurs bimbingan Jose Mourinho mendahului dengan 2-0 dalam perlawanan pertama minggu lalu di London, namun kali ini Orsic meraih jaringan dua kali dalam separuh masa akhir buat pasukan juara Croatia Dinamo sekaligus mengikat mata penyamaan di padang sendiri.
Jurulatih Dinamo, Zoran Mamic bakal bersara minggu ini setelah dijatuhkan hukuman penjara empat tahun dan lapan bulan atas kesalahan penipuan wang berjumlah berjuta euro melibatkan pemindahan Luka Modric ke Tottenham dan pemindahan lain.
Walau bagaimanapun, Orsic membuat hantaran yang kemas dari sudut dan mencatat mata pendahuluan untuk Dinamo pada minit ke-62 dan kemudiannya berjaya memberi masa tambahan dalam perlawanan itu.
Orsic menggandakan mata ketiganya dengan bergaya apabila beliau berjaya melepasi tiga pemain dan menyepak rendah melalui penjaga gol Tottenham Hugo Lloris pada minit ke-106.
Harry Kane hampir menjaringkan gol lewat yang mampu meletakkan Spurs di hadapan dengan peraturan gol tempat lawan namun dinafi oleh penjaga gol Dinamo Dominik Livakovic dan pasukan tuan rumah itu menang 3-2 agregat.
Dalam perlawanan lain, pasukan Sepanyol Granada menyambung debut kemenangan mereka dalam kejohanan Eropah dan mara dengan 3-2 secara keseluruhan, sungguhpun kalah 2-1 kepada pasukan Norway Molde.
Roma juga mara dengan kemenangan 2-1 hasil gol pemain pinjaman Real Madrid Borja Mayoral menentang Shakhtar Donetsk dengan agregat 5-1.
Zlatan Ibrahimovic bakal berdepan dengan bekas kelabnya ketika AC Milan menjadi tuan rumah dalam perlawanan bersama Manchester United di San Siro selepas seri 1-1 di England minggu lalu.
Rangers pula dikalahkan di tempat sendiri oleh Slavia Prague selepas seri 1-1 dalam perlawanan pertama minggu lalu.
Juara empat kali Eropah Ajax juga menjamin kelayakan ke pusingan seterusnya setelah membelasah Young Boys 3-0.
— AFP