Liga Perdana hanya perlu 7 minggu

Liga Perdana hanya perlu 7 minggu

LONDON,. Pengurusan Liga Perdana sedang merancang untuk mengadakan saingan selama tujuh minggu jika musim ini disambung.

Ia termasuk melengkapkan Piala FA dan mengurangkan kebimbangan mengenai terlalu banyak perlawanan dalam jadual padat selepas perintah berkurung akibat COVID-19.

Liga Perdana menyasarkan untuk bermula kembali pada 12 Jun dengan SunSport mendedahkan menerusi perancangan itu, satu minggu tambahan juga disediakan jika ada sebarang masalah.

Bagaimanapun ia bermakna perlawanan mesti bermula pada 19 Jun atau adalah mustahil untuk melengkapkan semua perlawanan sebelum berakhir liga domestik UEFA pada 2 Ogos.

Dan jika kerajaan tidak mengumumkan pengurangan dalam peraturan perintah berkurung Khamis ini atau lebih banyak pada minggu mendatang, kelab mungkin tidak akan menerimanya kerana kesuntukan masa.

Mesyuarat Jumaat lalu antara 20 pemegang taruh menyaksikan perdebatan mengenai keadaan kesihatan yang membenarkan latihan dan perlawanan tanpa penonton serta diadakan di gelanggang berkecuali.

Namun masalah jadual juga dibincangkan dan Ketua Liga Perdana mencadangkan mereka hanya perlukan lima minggu untuk melengkapkan 92 perlawanan.

Perancangan itu membabitkan saingan dalam rangka padat ditetapkan dengan perlawanan diadakan setiap hujung minggu dan pertengahan minggu. – Agensi

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )