Lupakan impian lebur rekod United

Lupakan impian lebur rekod United

LONDON,. Jurgen Klopp menuntut peminat Liverpool menikmati kejayaan meraih gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL) dan melupakan mengenai hasrat mengatasi rekod yang dipegang Manchester United.

The Reds akan mengharungi aksi derby Merseyside, pagi ini dan hanya memerlukan enam mata untuk dinobatkan sebagai juara buat kali pertama dalam tempoh 30 tahun.

Ia akan menjadi gelaran ke-19 kelab itu – hanya satu di belakang rekod dipegang United selepas dominasi Sir Alex Ferguson yang menyumbang 13 kali kejuaraan buat Red Devils apabila dia berjanji mengatasi Liverpool di puncak bola sepak Inggeris.

Klopp percaya bahawa mustahil untuk mengikuti dominasi sama, kerana kekuatan persaingan dan ketidakpastian bola sepak selepas ini akibat wabak COVID-19.

Dia berkata: “Sejujurnya, saya rasa mustahil untuk mendominasi. United mempunyai kombinasi yang cukup baik, dengan pengurus yang luar biasa.

“Pengganti yang dia dapatkan sentiasa luar biasa – dan ada wang. Kombinasi untuk United sangat bagus. Kita mesti melakukan sesuatu yang tepat, jelas, hingga sekarang.

“Tetapi kita harus melakukan perkara ini dan mungkin lebih banyak lagi untuk terus berjaya.

“Percayalah, pasukan lain tidak akan berhenti. United akan menyerang balas dan Chelsea berada pada langkah ke depan dalam pasaran perpindahan, sementara ada pasukan yang tidak melakukan apa-apa kerana keadaan tidak menentu.

“Apabila saya melihat Man City mengalahkan Arsenal, saya tertanya-tanya bagaimana kami memiliki 22 mata lebih dari mereka?” katanya. – AGENSI

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )