Lyon ‘berhak’ cabar keputusan

Lyon ‘berhak’ cabar keputusan

LYON,. Lyon, yang mara ke kelompok 16 terakhir Liga Juara-Juara musim ini dijangka akan terlepas saingan Eropah musim depan selepas kempen liga Perancis diisytiharkan berakhir, berkata mereka boleh mencabar keputusan berkenaan.

Sebelum itu kedudukan Ligue 1 disahkan dengan juara tujuh kali itu menamatkan saingan di tangga ketujuh, di luar kelayakan bagi saingan benua itu.

Keraguan juga timbul mengenai final Piala Liga apabila Lyon dijadualkan berdepan Paris Saint-Germain, dengan kemenangan menawarkan kelayakan ke Piala Europa.

“Lyon masih ada peluang untuk cuba merayu terhadap keputusan ini dengan alasan kerosakan dan kebaikan terhadap pasukan,” kata kenyataan kelab berkenaan.

Presidennya, Jean-Michel Aulas berkata kelab itu pasti akan merasai kesan kewangan jika mereka terlepas Liga Juara-Juara dan pembabitan dalam Liga Europa.

“Ia kehilangan satu peluang yang nyata. Kerugian buat kelab boleh mencecah beberapa juta euro,” katanya.

Lyon turut memiliki kelebihan 1-0 pada pusingan pertama Liga Juara-Juara menentang pendahulu Serie A, Juventus pada kelompok 16 pasukan terakhir. – AFP

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)