Mael, Vokalis Kupulan XPDC, meninggal dunia

Mael, Vokalis Kupulan XPDC, meninggal dunia

MUAR,. Penyanyi kumpulan XPDC, Syed Ismail Syed Ibrahim atau Mael, 55, meninggal dunia di Hospital Muar sekitar jam 9.30 malam tadi (Khamis, 27 April).

Khabar duka berkenaan disahkan anaknya, Sharifah Irfatasha, menerusi satu kiriman teks di WhatsApp: “Adalah dengan amat sedihnya dimaklumkan bahawa bapa saya meninggal dunia di Hospital Muar pada Khamis, 27 April 2023, lebih kurang jam 9.30 malam.”

Pengurus kumpulan XPDC, Bro Yazid… Penyanyi XPDC, Syed Ismail Syed Ibrahim (Mael) telah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Muar pukul 9 malam tadi.
“Semoga rohnya ditempatkan di sisi kekasih Allah,” ujarnya dalam hantaran di facebook beliau pada malam ini.

Sementara itu, Bro Yazid memberitahu, Mael diketahui mengalami masalah semput yang berpunca daripada penyakit asma kronik.

Pada Ogos 2019, Mael pernah dilaporkan dikejarkan ke hospital selepas mengalami kesakitan dan tidak mampu bergerak. DI Hospital Muar juga, beliau menerima rawatan hingga keadaannya kembali pulih.

Band heavy metal terkemuka tanah air itu, berdasarkan perancangan, mahu menjayakan persembahan dengan kumpulan Khalifah pada 7 Mei nanti, bersempena dengan penganjuran Sound Valley Festival 2023.

Bro Yazid dalam sidang media pada awal April lalu memberitahu, kesihatan Mael dilihat berada dalam keadaan baik, malah XPDC juga telah mengadakan beberapa persembahan dan konsert sejak awal tahun 2023 tanpa sebarang masalah.

Sekitar 1990 sehingga awal 2000, XPDC yang dianggotai Mael, Izo, Zuar dan Amy berjaya mencatat penjualan album terbaik sehingga melebihi 100,000 unit. Jumlah itu tercatat menerusi jualan album Darjah Satu (1990), Timur Barat (1992), Kita Peng-Yu (1994), Brutal (1997) serta beberapa album kompilasi.

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)