Mahkamah Tinggi arah Rosmah bela diri atas semua tiga pertuduhan rasuah

KUALA LUMPUR,. Mahkamah Tinggi di sini hari ini mengarahkan Datin Seri Rosmah Mansor untuk membela diri atas kesemua tiga pertuduhan rasuah membabitkan projek solar hibrid untuk 369 sekolah luar bandar di Sarawak.

Hakim Mohamed Zaini Mazlan membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya mewujudkan kes prima facie terhadap Rosmah, isteri kepada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Penilaian maksimum terhadap bukti, saya dapati pihak pendakwaan telah membuktikan kes prima facie terhadap semua pertuduhan yang dihadapi tertuduh,” kata hakim.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )