Majoriti Ahli Republikan Tolak Bantuan kepada Ukraine

Majoriti Ahli Republikan Tolak Bantuan kepada Ukraine

Satu tinjauan oleh Wall Street Journal mendapati 79 peratus ahli Parti Republikan menolak bantuan kewangan kepada Ukraine, berbanding 83 peratus ahli Parti Demokrat yang menyokong.

Dalam isu lain, 62 peratus pengundi menolak idea memperluas wilayah AS dengan memasukkan Greenland dan Kanada, manakala hanya 25 peratus menyokong.

Sebanyak 51 peratus ahli Republikan bersetuju dengan pandangan Presiden Donald Trump mengenai pengembangan wilayah, dan hanya 31 peratus dalam kalangan mereka menyatakan sokongan terhadap NATO, berbanding 81 peratus di kalangan Demokrat.

Tinjauan dilakukan antara 27 Mac hingga 1 April melibatkan 1,500 pengundi berdaftar, dengan margin ralat 2.5 peratus.

gerbangpost.com

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )