Makanan Tradisi Dimusim Perayaan

Makanan Tradisi Dimusim Perayaan

KUALA LUMPUR ,. Siapa yang tak suka makan lemang dengar namanya sahaja pasti sudah membangkitkan selera penggemar makanan tersebut,tapi memasaknya bukan satu kerja yang mudah perlukan kesabaran yang tinggi juga untuk mengawal api bagi ianya betul – betul masak kalau tidak dijaga dengan sempuna mungkin ianya akan jadi mentah dan ada juga yang hangus.

Lemang enak dimakan bersama rendang ayam, daging mahupun kuah kacang. Lemang dimasak menggunakan beras pulut, santan dan disalut dengan daun pisang yang sudah siap diisi di dalam batang buluh. Antara menu wajib menjelang Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha.


Semua kaum di Malaysia menyukainya tidak kira bangsa,memang ramai penggemarnya berbeza dengan ketupat ada yang dianyam dan ada juga telah di peket siap hanya rebus menggunakan air cukup masa ianya masak, tetapi lemang belum ada lagi dibuat siap,Namun bergitu ada juga lemang yg di kukus terlebih dahulu,kemudian baru dimasukan kedalam Buloh,itu juga salah satu kaedah bagi mempercepatkan masa masaknya lemang tersebut namun ramai yang tidak menggemarinya mereka akan cari lemang yang di bakar ianya lebih Asli dari segi rasanya.

Kalau di Malaysia semua negeri dan daerah ada yang memasaknya jika dimusim perayaan kalau tidak ada salah satu menu tersebut bagaikan tidak sempurna perayaan itu.


Adajuga ketupat palas makanan inipun sama dengan lemang tapi ianya dikukus dan dilipat dengan daun palas rasanya seakan lemang juga tapi ianya tidak dibakar,ini pun juga ramai penggemarnya tapi enak juga dimakan dengan siradurian memang menyelerakan,Ada juga dimakan dengan serunding Daging ataupun serunding kelapa.

–GERBANGPOST

CATEGORIES
Share This