Malam Gala Sambutan Jubli Mutiara ASWARA & Persembahan Teater Muzikal “Sakti Merong Mahawangsa”

Malam Gala Sambutan Jubli Mutiara ASWARA & Persembahan Teater Muzikal “Sakti Merong Mahawangsa”

KUALA LUMPUR, 22 November 2024 – Sakti Merong Mahawangsa, teater muzikal yang dinanti-nantikan, akan menjadi acara tumpuan pada Malam Gala di Pentas 1, Pusat Seni Persembahan Kuala Lumpur (klpac).

Acara istimewa Malam Gala ini merupakan kemuncak sambutan Ulang Tahun ke-30 Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA).


Ditubuhkan pada tahun 1994 sebagai Akademi Seni Kebangsaan (ASK) di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), ASWARA telah berkembang menjadi institusi terkemuka yang melahirkan bakat seni dan kreatif, selain berperanan sebagai ‘penjaga’ khazanah budaya negara.

Dalam sambutan Jubli Mutiara ini, ASWARA kekal teguh dengan misinya untuk memelihara dan mempromosikan seni, budaya, dan warisan Malaysia.

Sebagai sebahagian daripada sambutan ulang tahun ke-30 ini, ASWARA mempersembahkan kebangkitan semula Sakti Merong Mahawangsa, sebuah epik legenda yang menjanjikan sejarah baharu dalam dunia seni teater Malaysia.

Produksi yang terlibat adalah gabungan serta kolaborasi penuh cita-cita, menyatukan alumni, pensyarah dan pelajar ASWARA.


Sakti Merong Mahawangsa menghidupkan kisah Raja Merong Mahawangsa, seorang tokoh yang dikenang kerana keberanian, ketabahan, dan kesetiaannya dalam menubuhkan Kedah Zamin Turan, kini dikenali sebagai Kedah.

Pementasan ini mengisahkan misi Merong untuk menyatukan Putera Rom dan Puteri China menentang kehendak Sang Geroda yang gagah perkasa, diakhiri dengan pertempuran epik keberanian dan kuasa sakti. Kisah ini ditutup dengan keamanan yang dipulihkan dan kelahiran Kedah sebagai tanah makmur dan bersatu.

Menampilkan lebih 100 bakat termasuk nama-nama terkenal seperti Najua P. Ramlee, Hairi Safwan, Fadhli Masoot, Aris Kadir, Fiza Thomas, Ezdianie Hayatie, Saiful Wazien, Amirul Hakim, dan Reza Mohamed, muzikal ini menjanjikan persembahan berskala besar dan
berimpak tinggi.

–GERBANGPOST

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )