Malaysia Ada Posisi Tawar-Menawar Kukuh Dalam Rundingan Tarif AS – Pensyarah

Malaysia Ada Posisi Tawar-Menawar Kukuh Dalam Rundingan Tarif AS – Pensyarah

KUALA LUMPUR, 20 April 2025 — Malaysia boleh memanfaatkan kedudukannya dalam industri yang penting kepada Amerika Syarikat untuk mendapatkan ruang rundingan yang lebih menguntungkan dalam isu tarif balas, kata Prof Dr Ahmed Razman Abd Latif.

Menurut beliau, industri semikonduktor, farmaseutikal dan tenaga baharu yang beroperasi di Malaysia merupakan antara sektor yang dianggap kritikal oleh AS dan biasanya dikecualikan daripada sekatan perdagangan.

“Kita boleh gunakan kelebihan ini dengan menekankan kepentingan Malaysia dalam rantaian bekalan global mereka,” katanya dalam satu temu bual khas bersama Astro AWANI.

Tambahnya, kerjasama dua hala dalam sektor ini boleh menjadi asas kepada permintaan Malaysia supaya diberikan pengecualian atau layanan perdagangan yang lebih mesra oleh Washington.

Rundingan dijadual berlangsung pada 24 April ini antara delegasi Malaysia yang diketuai oleh Menteri MITI dan Pejabat Wakil Perdagangan AS (USTR).

gerbangpost.com

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )