Malaysia Airlines tawar tambang serendah RM89 mulai 10 Ogos sehingga 10 September tahun ini

KUALA LUMPUR,. Malaysia Airlines menawarkan tambang serendah RM89 dalam kategori ‘Economy Lite’ bagi destinasi domestik kepada pasangan suami isteri serta ibu dan bapa yang sudah lengkap menerima dua dos vaksin COVID-19 untuk bertemu orang yang tersayang.

Malaysia Airlines Bhd (MAB) dalam satu kenyataan hari ini berkata promosi itu tersedia untuk tempahan mulai 10 Ogos sehingga 30 September, 2021 dan ia sah untuk perjalanan sehingga 30 Oktober, 2021.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAB, Kapten Izham Ismail berkata siri penerbangan terbaharu itu mencerminkan peranan penting syarikat penerbangan nasional dalam menyediakan kesalinghubungan perjalanan udara sepanjang tempoh penularan COVID-19.

“Sebagai syarikat penerbangan yang prihatin, MAB kekal komited untuk memastikan perjalanan yang lebih selamat dan lancar untuk pelanggan kami dengan mengamalkan standard keselamatan dan kebersihan tertinggi.

“Kami percaya ia adalah sesuatu yang sangat penting untuk mengendalikan penerbangan dengan kru yang sudah lengkap menerima dua dos suntikan vaksin COVID-19 ia juga termasuk petugas barisan hadapan kerana keyakinan pelanggan untuk menggunakan perkhidmatan kami adalah penting,” katanya.

Lebih daripada 93 peratus juruterbang dan kru kabin Malaysia Airlines telah menerima suntikan vaksin setakat ini.

MAB bersama anak syarikatnya di bawah Malaysia Aviation Group, menjangkakan 100 peratus kakitangannya akan melengkap suntikan dua dos vaksin COVID-19 menjelang bulan Ogos tahun ini berikutan penyertaan kumpulan itu dalam
Kumpulan Penerbangan Malaysia, MAB menjangkakan 100 peratus pekerjanya akan melengkapkan dua dos vaksin COVID-19 pada pertengahan Ogos tahun ini, berikutan penyertaan kumpulan itu dalam Pusat Pemberian Vaksin Industri (PPVIN) yang bermula pada Julai, 2021.

Semalam, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan bahawa pasangan suami isteri jarak jauh yang sudah melengkapkan dua dos vaksin boleh merentas daerah atau negeri untuk bertemu pasangan mereka mulai 10 Ogos, 2021.

Kelonggaran ini juga juga diberikan kepada ibu dan bapa yang lengkap dua untuk melawat anak-anak mereka yang berumur di bawah 18 tahun.

Untuk maklumat lebih lanjut, layari laman web http://www.malaysiaairlines.com.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )