Malaysia destinasi pilihan pengembara Indonesia

Malaysia destinasi pilihan pengembara Indonesia

KUALA LUMPUR: Malaysia kini menjadi negara pilihan pengembara antarabangsa dari Indonesia, menurut Traveloka Malaysia.

Aplikasi super perjalanan itu mendedahkan bahawa 79 peratus perjalanan antarabangsa ke Malaysia ditempah menerusi platform itu sejak 22 Mac, 2022 oleh pengguna dari Indonesia — susulan pengumuman pembukaan semula sempadan Malaysia.

Dalam satu kenyataan hari ini, aplikasi super itu berkata ia mencatatkan peningkatan sebanyak 38 peratus secara keseluruhan dalam tempahan hotel dan penerbangan oleh pengembara antarabangsa ke Malaysia.

“Populariti Malaysia dalam kalangan pengembara serantau boleh dikaitkan dengan gabungan eklektik kemodenan dan budaya, tradisi dan alam semula jadi kita,” kata pengurus negara Traveloka Malaysia Angelica Chan.

Menyedari peningkatan dalam tempahan antarabangsa, beliau berkata pelancong kebanyakannya menempah hotel di Kuala Lumpur, Johor, Pulau Pinang dan Sarawak.

“Kami memerhatikan terdapat peningkatan trend pengembara yang menempah penginapan mereka melalui aplikasi super pengembaraan kami, yang juga akan meneruskan untuk menempah sekurang-kurangnya satu produk dan perkhidmatan tambahan daripada rakan kongsi kami, seperti sewa kereta, tiket tarikan pelancongan atau pakej spa,” katanya dan menambah bahawa ini lebih ketara dalam kalangan pelancong yang tinggal di Malaysia selama sebulan atau lebih.

Meskipun ia optimistik tentang peluang daripada permintaan perjalanan yang terpendam, beliau menyatakan bahawa Traveloka akan sentiasa berwaspada tentang situasi semasa COVID-19 dan telah menyediakan ciri-ciri untuk penggunanya mengikuti keperluan perjalanan COVID-19 terkini serta menyediakan kemudahan penjadualan semula.

-BERNAMA

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)