
Malaysia perlu 28 hari sifar kes sebelum isytihar bebas COVID-19 – KP Kesihatan
PUTRAJAYA, 11 Jun — Malaysia memerlukan tempoh 28 hari sifar kes COVID-19 sebelum boleh diisytiharkan bebas pandemik tersebut, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.
Beliau berkata ia selaras dengan mekanisme menamatkan pantauan terhadap sesuatu kluster iaitu dua kali kitaran tempoh inkubasi kebolehjangkitan virus tersebut.
“Kalau kita lihat, untuk kita tamatkan satu kluster, kita gunakan tempoh 28 hari, jadi kita akan gunakan tempoh tersebut sebagai penanda aras kita bebas jangkitan itu,” katanya dalam sedang media harian perkembangan COVID-19 di sini hari ini.
Menurut laporan media antarabangsa, semalam New Zealand mengisytiharkan negara itu bebas COVID-19 selepas 17 hari tidak terdapat kes baharu di negara itu.
Bagaimanapun negara itu masih menutup pintunya kepada pelancong asing.
— BERNAMA