
Malaysia, Singapura tamatkan projek HSR selepas gagal capai persetujuan
KUALA LUMPUR,. Projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura telah ditamatkan memandangkan kedua-dua negara gagal mencapai persetujuan mengenai perubahan yang dicadangkan oleh Malaysia susulan perjanjian projek itu berakhir pada Khamis (31 Dis).
Dalam kenyataan media bersama oleh Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin dan rakan sejawatnya dari Singapura, Lee Hsien Loong berkata kerajaan Malaysia telah mencadangkan beberapa perubahan kepada projek HSR kerana kesan pandemik COVID-19 terhadap ekonomi Malaysia.
“Kedua-dua kerajaan telah mengadakan beberapa perbincangan berhubung perubahan ini dan belum dapat mencapai persetujuan. Oleh itu Perjanjian HSR telah luput pada 31 Dis 2020,” menurut kenyataan itu.
— BERNAMA