
Malaysia Teguh Bersama Palestin, Kutuk Serangan Rafah oleh Israel
KUALA LUMPUR – Malaysia menzahirkan solidariti penuh terhadap rakyat Palestin selepas serangan ganas Israel ke atas Rafah menyebabkan lebih 600 orang terkorban dalam masa tiga hari.
Kementerian Luar dalam satu kenyataan menyifatkan tindakan Israel sebagai tidak berperikemanusiaan dan melampaui batas, serta menggesa agar gencatan senjata diaktifkan semula dan proses rundingan damai diteruskan segera.
“Malaysia komited untuk menyokong usaha penubuhan negara Palestin yang merdeka dan berdaulat,” menurut kenyataan tersebut.
Malaysia juga akan memperhebatkan usaha diplomatik di peringkat antarabangsa bagi mendapatkan sokongan terhadap pembentukan Negara Palestin berasaskan sempadan sebelum 1967, dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara yang sah.