Malaysia tuan rumah boling Deaflympics ke-24 Oktober ini

Malaysia tuan rumah boling Deaflympics ke-24 Oktober ini

KUALA LUMPUR,. Malaysia akan menjadi venue bagi temasya sukan Deaflympics ke-24 Okt ini selepas ia dipinda daripada jadual asal Summer Deaflympics di Caxias do Sul, Brazil bulan depan.

Menurut kenyataan International Committee of Sports for the Deaf (ICSD), Kuala Lumpur berbesar hati menerima amanah menjadi bandar raya tuan rumah acara sukan yang akan berlangsung dari 20 hingga 30 Okt itu.

“Majlis penyampaian hadiah bagi pertandingan boling di bandar raya tuan rumah baharu itu, kekal sama seperti apa yang dirancang di Caxias do Sul, termasuk reka bentuk pingat-pingatnya,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Pengumuman itu dibuat selepas jawatankuasa penganjur memutuskan untuk mengeluarkan venue boling Deaflympics di Caxias do Sul, disebabkan ‘impak ekonomi yang besar’ kepada organisasi itu terhadap sekatan yang dikenakan ke atas Belarus dan Rusia.

Atlet mereka juga dilarang daripada mengambil bahagian dalam sebarang pertandingan antarabangsa.

“ICSD amat terhutang budi kepada Persatuan Sukan Orang Pekak Malaysia atas kesudian dan kerja keras mereka untuk menjadikan perpindahan Deaflympics 2022 dalam boling dapat dilaksanakan di negara mereka,” katanya.

— BERNAMA.

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)