‘Mank’ dapat pencalonan terbanyak Oscar

‘Mank’ dapat pencalonan terbanyak Oscar

FILEM ‘Mank’ iaitu syair pujian hitam putih oleh David Fincher untuk ‘Citizen Kane’, mendahului senarai pencalonan anugerah Oscar tahun ini apabila dicalonkan dalam 10 kategori termasuk filem terbaik dan arahan terbaik.

Renungan semula Zaman Kegemilangan Hollywood oleh Netflix itu jauh mendahului dalam pertandingan berikutan pengumuman tersebut yang turut menyaksikan enam filem masing-masing mendapat enam pencalonan termasuk filem ‘Nomadland’ dan drama mahkamah anti-perang Vietnam ‘The Trial of the Chicago 7’.

Tahun ini menyaksikan 70 wanita dicalonkan, dengan pencalonan pengarah terbaik untuk Chloe Zhao (‘Nomadland’) dan Emerald Fennell (‘Promising Young Woman’), tahun pertama yang menyaksikan Academy of Motion Picture Arts and Sciences telah memilih beberapa wanita dalam kategori itu.

Keputusan final bakal diketahui pada 25 April, setelah acara itu dirombak dan tertunda akibat pandemik COVID-19.

Zhao adalah wanita berwarna pertama yang dicalonkan sebagai pengarah, dengan Aaron Sorkin (‘Chicago 7’) harus berpuas hati dicalonkan dalam kategori lakonan layar setelah didahului oleh Fincher dan pengarah Thomas Vinterberg (‘Another Round’).

Anugerah Oscar pada tahun ini juga menampilkan kepelbagaian yang bersejarah, termasuk enam pencalonan untuk filem tentang hak asasi manusia ‘Judas and the Black Messiah’ lakonan Daniel Kaluuya dan LaKeith Stanfield, serta pencalonan pelakon lelaki terbaik pertama melibatkan pelakon Asia-Amerika Steven Yuen dalam filem imigran Korea-Amerika ‘Minari’.

Filem lain yang juga berada di tempat kedua dengan enam pencalonan ialah ‘Sound of Metal’ daripada Amazon, tentang pemain drum rock yang kehilangan pendengaran, dan juga filem dementia ‘The Father’, yang menyaksikan pemenang lepas Anthony Hopkins mendapat pencalonan keenam dalam kariernya.

Sebelum pengumuman pencalonan dibuat, presiden Academy David Rubin mengesahkan acara anugerah Oscar tahun ini bakal berlangsung di Union Station Los Angeles dan tempat biasa ia diadakan di Dolby Theatre di Hollywood.

Pasangan selebriti Priyanka Chopra dan Nick Jonas kemudian mengumumkan senarai calon-calon itu secara dalam strim langsung dari London.

Setakat ini, tiada lagi filem striming pernah memenangi anugerah filem terbaik Oscar.

Namun dengan kebanyakan pawagam di AS tutup ekoran COVID-19, beberapa filem blokbuster telah membatalkan terus tayangan mereka pada tahun 2020, dan dengan itu memberi peluang yang besar kepada platform seperti Netflix dan Amazon Prime untuk memenangi kategori itu pada tahun ini.

Dan ternyata Netflix mendominasi senarai pencalonan, dengan 35 berbanding 24 pencalonan tahun lalu.

Ia mendapat banyak pengiktirafan untuk drama blues tahun 1920-an ‘Ma Rainey’s Black Bottom’, dilakonkan oleh Chadwick Boseman yang mendapat pencalonan pelakon terbaik selepas kematian beliau akibat kanser pada Ogos lepas.

Bagaimanapun Boseman terlepas pencalonan pelakon pembantu terbaik untuk ‘Da 5 Bloods’ juga dari Netflix.

Platform lawan Amazon Prime juga memecah rekod sendiri dengan 12 pencalonan, termasuk tiga untuk filem penyokong hak asasi manusia ‘One Night in Miami’ dan dua lagi untuk filem komedi ‘Borat Subsequent Moviefilm’.

Dengan bilik tayangan persendirian Hollywood dan festival filem ditutup, pengundi Oscar juga hanya menonton kesemua 366 petanding melalui platform striming atas talian Academy.

“Kita sudah biasa dengan striming sekarang,” kata ahli Academy, “Ia menakjubkan apa yang boleh berlaku dalam masa setahun.”

Penstrim baharu iaitu Disney+ dan Apple turut menerima pencalonan Oscar pertama mereka.

Namun untuk penghargaan utama, penstrim harus mengatasi calon pertama filem terbaik ‘Nomad-land’, yang telah mendominasi festival dan penyerahan anugerah awal termasuk Golden Globes.

Filem kisah jalanan AS yang mesra itu didatangkan oleh Searchlight, pengedar filem ‘arthouse’ yang kini dimiliki Disney dan telah membawa ‘The Shape of Water’ dan ‘Birdman’ ke arah kegemilangan Oscar baru-baru ini.

Pengarah filem itu Zhao ialah wanita pertama yang dicalonkan dalam empat kategori dalam tahun yang sama, di mana dia juga mendapat perhatian dalam penyuntingan, lakon layar, dan sebagai pengeluar, manakala Frances McDormand bertanding untuk pelakon wanita terbaik.

Pengarah ‘Contagion’ Steven Soderbergh akan bertindak sebagai penerbit anugerah Oscar yang dilanda pandemik pada tahun ini, yang melonggarkan kriteria pencalonan bagi mengambil kira lebih banyak filem strim yang ditayangkan pada awal 2021.

Dengan lokasi telah disahkan, butiran lain acara itu akan bergantung dengan polisi tempatan COVID-19 di Los Angeles, dan lebih banyak pawagam akan dibuka dengan had kapasiti setelah kes jangkitan COVID-19 melonjak pada musim sejuk lalu.

Berbeza dari tahun lalu, calon-calon pertama bagi kategori lakonan belum lagi ada, dengan penyunting anugerah filem Variety, Clayton Davis mengulas terdapat banyak “aspek kepelbagaian”.

Pelakon pembantu ‘Borat’ Maria Bakalova, yang turut dicalonkan telah menjadi “kesa-yangan dalam laluan kempen kuarantin tahun ini.”

Viola Davis (‘Ma Rainey’) juga dipilih bersama McDormand, Carey Mulligan untuk ‘Promising Young Woman’ dan Andra Day untuk ‘The United States vs Billie Holiday’.

Di samping Boseman dan Hopkins, kategori pelakon utama juga di-sertai Riz Ahmed (‘Sound of Metal’), Gary Oldman (‘Mank’) dan Steven Yeun (‘Minari’).

— AFP

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )