
Marvel Perketat Prosedur, Simu Liu Tak Tahu Pelakon Lain Dalam ‘Avengers: Doomsday’
Dengan pelbagai plot dan watak yang kompleks, Marvel Studios kini dilihat mengambil pendekatan lebih berdisiplin dalam menjaga kerahsiaan filem terbaharunya, Avengers: Doomsday — sehingga pelakonnya sendiri, Simu Liu, pun tidak diberi senarai lengkap barisan pelakon.
Dalam sebuah temu bual, Simu mengakui hanya tahu peranannya sendiri, dan langsung tidak dimaklumkan siapa lagi yang akan muncul. “Mereka tak nak kejadian lama berulang,” katanya, merujuk kepada pendedahan tidak sengaja oleh Tom Holland dan Mark Ruffalo.
Peminat pula teruja dengan kepulangan ramai bintang X-Men termasuk Sir Ian McKellen dan Sir Patrick Stewart, bersama nama-nama popular Marvel seperti Paul Rudd, Letitia Wright dan Robert Downey Jr.