Mas Ermieyati dipilih Ketua Bahagian Bersatu Masjid Tanah, Mohd Redzuan tewas

Mas Ermieyati dipilih Ketua Bahagian Bersatu Masjid Tanah, Mohd Redzuan tewas

MELAKA,. Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin dipilih sebagai Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Masjid Tanah 2019-2021 pada pemilihan bahagian itu di Kompleks Sukan Masjid Tanah, Alor Gajah dekat sini.

Beliau yang memperoleh 414 undi itu menewaskan penyandang jawatan yang dilantik iaitu Ketua Badan Pimpinan Bersatu Melaka Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof,yang juga Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, dengan jumlah sebanyak 328 undi.

Mohd Redzuan juga Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu; dan Ahli Parlimen Alor Gajah.

Saingan tiga penjuru jawatan itu menyaksikan Setiausaha bahagian itu, A Lukman Ab Ghani hanya memperoleh 227 undi.

Keputusan itu diumumkan oleh Jawatankuasa Pemilihan Bersatu Negeri, Shamsir Haron pada awal pagi ini.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )