Massachusetts haramkan sementara rokok elektronik

NEW YORK,. Massachusetts secara rasminya menjadi negeri pertama di Amerika Syarikat (AS) mengharamkan penjualan semua rokok elektronik (e-rokok), berbanding segelintir negeri yang hanya mengharamkan produk yang berperisa.

Larangan yang berkuat kuasa serta merta itu akan berlangsung sehingga 25 Januari, kata Gabenor Charlie Baker yang turut mengumumkan kecemasan kesihatan di negeri di timur laut AS itu.

San Francisco di California turut memperkenalkan larangan yang sama Julai lalu.

“Tujuan menguatkuasakan kecemasan kesihatan ini bertujuan menghentikan sementara semua jualan produk vape supaya kita dapat bekerjasama dengan pakar kesihatan untuk mengenalpasti punca yang menyebabkan ramai orang sakit dan bagaimana untuk mengawal selia produk ini dengan lebih berkesan bagi melindungi kesihatan penduduk,” kata Baker.

Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) AS berkata, beberapa minggu lalu ratusan penduduk dilaporkan sakit dan tujuh lagi maut akibat masalah pulmonari yang dikaitkan dengan tabiat menghisap vape.

Menurut kajian pada 2017, 20 peratus pelajar sekolah tinggi Massachusetts menggunakan vape dan 41 peratus lagi pernah menggunakan e-rokok. – AFP

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )