Mayat lelaki tanpa identiti ditemukan terapung di Sungai Linggi

SEREMBAN,. Mayat seorang lelaki tanpa identiti berusia lingkungan 30-an ditemukan terapung di Sungai Linggi, Kampung Linsum, dekat sini, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Seremban ACP Nanda Maarof berkata pihaknya bergegas ke tempat kejadian sebaik dimaklumkan oleh seorang lelaki berhubung kejadian itu kira-kira 1.50 tengah hari.

“Siasatan awal bahagian jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban dan Forensik Ibu Pejabat Kontinjen Negeri Sembilan mendapati tiada kesan atau tanda pada mayat yang ditemukan tanpa pakaian itu yang boleh dikaitkan dengan perlakuan jenayah.

“Mayat itu kemudian diserahkan ke Jabatan Forensik Hospital Tuanku Ja’afar di sini pada pukul 5.30 petang tadi untuk proses bedah siasat yang akan dijalankan esok,” katanya dalam kenyataan di sini, malam Khamis.

Beliau berkata kertas siasatan mati mengejut (SDR) akan dibuka dan siasatan lanjut masih diteruskan.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )