MBSA beri kebenaran roboh Stadium Shah Alam – Amirudin

MBSA beri kebenaran roboh Stadium Shah Alam – Amirudin

KUALA LUMPUR,. Proses perobohan Stadium Shah Alam bagi pembangunan semula Kompleks Sukan Shah Alam (KSSA) yang baharu dijangka dilaksanakan tidak lama lagi.

Hal ini berikutan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) telah memberi kebenaran untuk projek pembangunan KSSA pada Jumaat lepas dan perkara itu disahkan oleh Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari.

“Baru dapat kebenaran MBSA semalam (Jumaat),” katanya menjawab pertanyaan pengikutnya yang ingin tahu perkembangan pembangunan semula KSSA menerusi aplikasi X dua hari lepas.

Terdahulu, kerajaan Selangor dilaporkan telah menghantar pelan Kebenaran Merancang (KM) bagi projek KSSA pada 15 Nov lepas dengan proses perobohan Stadium Shah Alam melibatkan kos RM35.5 juta.

Media sebelum ini melaporkan projek pembangunan semula KSSA membabitkan kawasan seluas 76.08 hektar berjalan mengikut jadual dan dijangka siap menjelang 2026.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)