MCMC sokong tiada caj tambahan bagi akses 5G

MCMC sokong tiada caj tambahan bagi akses 5G

PUTRAJAYA,. Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menyokong penuh komitmen Kerajaan MADANI untuk memastikan penyedia perkhidmatan rangkaian mudah alih tidak mengenakan caj tambahan bagi akses kepada rangkaian 5G.

Dalam satu kenyataan pada Khamis, MCMC memaklumkan, pengumuman berhubung perkara itu oleh Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil pada Selasa lepas adalah selari dengan usaha berterusan kerajaan dalam menyediakan akses teknologi telekomunikasi canggih yang adil dan saksama buat seluruh rakyat Malaysia.

Selasa lepas, Fahmi pada satu sidang media selepas sesi ujian kualiti perkhidmatan selular (panggilan suara) di sini, mengumumkan tiada bayaran tambahan akan dikenakan oleh syarikat telekomunikasi kepada pengguna untuk mendapatkan akses rangkaian 5G.

Menurut MCMC, pihaknya akan memastikan setiap penyedia perkhidmatan rangkaian mudah alih mematuhi komitmen yang telah dinyatakan.

Suruhanjaya itu memaklumkan setakat 31 Dis lepas, perkhidmatan rangkaian 5G telah berjaya mencapai 80.2 peratus liputan di kawasan berpenduduk.

–BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)