Media bertanggungjawab pupuk perpaduan, mendukung keamanan – PM Muhyiddin

Media bertanggungjawab pupuk perpaduan, mendukung keamanan – PM Muhyiddin

KUALA LUMPUR, 7 Ogos — Media massa memainkan peranan penting dan bertanggungjawab dalam memupuk perpaduan dan mendukung keamanan berkekalan di mana-mana negara kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata kepentingan media massa dalam pembangunan sosio, ekonomi dan kebudayaan sesebuah negara pada masa ini tidak boleh dinafikan dan patut diberikan pengiktirafan sewajarnya.

“Peranan ini jelas adalah selari dengan prinsip yang termaktub dalam Rukun Negara, iaitu falsafah nasional negara dan sebagai panduan dalam pembinaan negara hebat ini, dan sebagai cara hidup untuk semua warganegara, tanpa sebarang perbezaan, tanpa mengira fahaman atau warna.

”Tidak keterlaluan jika saya katakan bahawa media massa telah menjadi pemangkin bagi keharmonian dan perpaduan dalam memastikan kejayaan dan kestabilan negara kita yang tercinta ini,” katanya.

Muhyiddin berkata demikian dalam ucapannya semasa melancarkan pameran foto eksklusif New Straits Times di sini, malam ini, yang diadakan bersempena ulang tahun ke-175 akhbar berbahasa Inggeris itu, yang berkisar tentang penglibatannya dalam proses pembinaan negara sejak 1845.

— BERNAMA

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )