Mencari Kedamain Meninggalkan Kesibukan Kota

Mencari Kedamain Meninggalkan Kesibukan Kota

KUALA TERENGGANU,.sebuah negeri yang memang terkenal dengan perkampungan yang masih banyak terjaga keaslianya dan juga sebuah negeri yang masih banyak tempat – tempat yang cantik untuk kita lawati.

Sebuah perkampungan di Marang yang dipenuhi pohon kelapa disetiap pelusuk kampungnya memang mengimbau kembali kenangan kita satu masa dahulu yang pernah juga punya perkampungan sebergitu namun kini ada yang hilang di telan Zaman.


Kampung Jambu Bongkok terkenal sebagai salah satu lokasi penggambaran yang di gemari oleh pengkarya Drama filem pendek dan Iklan, kerana lokasinya yang menarik dan dipenuhi dengan pokok-pokok kelapa. Suasana perkampungan nelayan yang klasik antara sebab kampung ini digemari oleh para pelancong dari luar negara dan di dalam Negara bila lalu di kawasan ini akan singgah menikmati pemandangan yang terhidang di depan mata.

Apabila hati mula rindukan keindahan alam, yang jauh dari segala kesibukan kota dengan deruan kenderaan yang tidak putus – putus yang sangat melemaskan kita seharian membuatkan kita memilih lari dari kesibukan mencari ketenangan dan kedamaian.


Apa bila mata kita melihat pemandangan yang cantik pantainya dengan pasir putih bersih cantik dikelilingngi kehijauan pohon dan kebiruan laut dengan deruan ombak bergitu mengasyikan terus terleka seketika dan lepas segala keletihan fikiran walaupun baru hanya seketika tiba disini.

Kampung Jambu Bongkok ini istimewa, sebabkan permandangannya unik dan jauh dari bandar jadi memang kampung yang penuh dengan kedamaian dengan suasananya pemandangan laut cina selatan membiru saujana mata memandang.

–GERBANGPOST

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )