Menteri Perdagangan G7 bertemu di Sakai Jepun pada Oktober 2023

Menteri Perdagangan G7 bertemu di Sakai Jepun pada Oktober 2023

TOKYO,. Menteri-menteri perdagangan G7 akan bertemu di bandar Sakai, Osaka, Jepun secara bersemuka pada 28 dan 29 Oktober 2023, lapor Sputnik, memetik Menteri Luar Jepun Yoshimasa Hayashi pada Selasa.

Sebagai persiapan untuk mesyuarat dan sidang kemuncak para pemimpin G7, Tokyo kini aktif berinteraksi dengan pihak-pihak yang terlibat serta organisasi dan pentadbiran tempatan untuk menyelaraskan acara itu secara teratur, kata menteri luar Jepun itu.

Jepun akan mempengerusikan platform pelbagai hala G7 pada 2023. Sidang kemuncak G7 peringkat tertinggi akan diadakan di bandar Hiroshima dari 19-21 Mei 2023.

Tokyo telah mewujudkan pejabat dalam sekretariat Hayashi untuk membuat persediaan untuk sidang kemuncak itu.
Mesyuarat menteri luar negara G7 dijadual berlangsung di Karuizawa – sebuah resort terkenal di wilayah Nagano Jepun – dari 16-18 April 2023.

Menteri-menteri kewangan dan ketua-ketua bank pusat G7, seterusnya akan bertemu di bandar Niigata dari 11-13 Mei 2023. Menteri-menteri iklim, tenaga dan alam sekitar G7 akan mengadakan mesyuarat di bandar Sapporo mulai 15 April- 16, 2023.

Selain itu, Tokyo telah pun mengesahkan mesyuarat menteri kesihatan G7 akan berlangsung di bandar Nagasaki, menteri buruh di bandar Kurashiki manakala peremuan menteri pertanian ditetapkan di bandar Miyazaki. Tarikh acara akan diumumkan kemudian.

Kumpulan G7 terdiri daripada tujuh ekonomi terbesar – Kanada, Perancis, Jerman, Itali, Jepun, United Kingdom dan Amerika Syarikat.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)