Messi kembali perkuat Barca lawan Dortmund

Messi kembali perkuat Barca lawan Dortmund

BARCELONA,. Kapten Barcelona, Lionel Messi berkemungkinan dikerah semula dalam perlawanan Kumpulan F Liga Juara-Juara menentang Borussia Dortmund di gelanggang lawan, awal pagi esok selepas berehat akibat kecederaan.

Penyerang Argentina itu tidak dapat beraksi sejak mengalami kecederaan betis dalam perlawanan pra musim, tetapi jurulatih Barcelona, Ernesto Valverde menamakan Messi ke dalam pasukan yang sudah tiba di Jerman.

Messi kembali berlatih bersama pada Ahad dan Isnin selepas terlepas tiga perlawanan La Liga musim ini.

“Kami akan putuskan (sama ada Messi bermain) esok,” kata jurulatih Barcelona, Valverde dalam sidang media hari ini.

“Memang benar beberapa hari lalu kami belum pasti keadaannya tetapi dia menamatkan sesi latihan dengan baik baru-baru ini, tidak lagi menghadapi kesakitan sebelum ini, dia sudah sembuh.”

Dalam pada itu, penyerang muda, Ansu Fati, 16, juga disenaraikan dalam skuad dan bermungkinan tampil buat julung kalinya dalam saingan Liga Juara-Juara selepas terdahulu menjaringkan dua gol dalam tiga penampilan.

Bekas penyerang Barcelona, Parco Alacer juga cemerlang di Dortmund sejak dipinjamkan pada Ogos 2018, sekali gus memperoleh perjanjian tetap bersama pasukan Bundesliga itu. – Reuters

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )