MetMalaysia Laksanakan Ujian Siren Tsunami di Balik Pulau Esok Pagi

MetMalaysia Laksanakan Ujian Siren Tsunami di Balik Pulau Esok Pagi

KUALA LUMPUR, 21 April 2025 — MetMalaysia mengumumkan bahawa mereka akan menguji siren Sistem Amaran Awal Tsunami Malaysia (SAATNM) di Balik Pulau, Pulau Pinang, pada 9 pagi hingga 12 tengah hari esok.

Kenyataan rasmi yang dikeluarkan melalui X menjelaskan bahawa ujian ini adalah sebahagian daripada Site Acceptance Test (SAT) bagi memastikan siren amaran tsunami yang baru dipasang berfungsi dengan betul.

“Penduduk di kawasan sekitar diminta untuk tidak bimbang atau panik dengan bunyi siren tersebut kerana ia hanya merupakan ujian,” kata MetMalaysia.

MetMalaysia juga berjanji untuk memberi maklumat lanjut jika berlaku sebarang perubahan kepada jadual ujian tersebut.

gerbangpost.com

CATEGORIES
Share This

COMMENTS Wordpress (0) Disqus ( )