MH17: Waris mangsa lancar protes senyap, susun 298 kerusi putih

MH17: Waris mangsa lancar protes senyap, susun 298 kerusi putih

AMSTERDAM,. mangsa pesawat MH17 mengadakan protes senyap di hadapan Kedutaan Rusia di The Hague pada Ahad kerana kecewa dengan sikap Moscow yang enggan bekerjasama dalam siasatan tragedi berkenaan.

Menerusi protes berkenaan, mereka meletakkan 298 kerusi putih sebagai simbol jumlah mangsa yang maut dalam tragedi berkenaan.

Pesawat MH17 dilaporkan ditembak peluru berpandu buk yang dilepaskan semasa terbang di ruang udara wilayah yang dikuasai pemberontak pemisah pro Rusia pada 17 Julai 2014.


Protes itu berlaku pada malam sebelum perbicaraan di The Hague Den Haag di mana tiga warga Rusia dan seorang warga Ukraine didakwa kerana terlibat dalam pembunuhan berkenaan.

Rusia menafikan terlibat dalam tragedi berkenaan.

Bagaimanapun, waris mangsa MH17 menuduh pihak berkuasa Rusia cuba menyembunyikan fakta-fakta tentang apa yang berlaku.

Presiden Persatuan Waris Mangsa MH17, Piet Ploeg berkata, mereka mengadakan protes tersebut kerana Rusia kurang memberi kerjasama dalam penyiasatan MH17.

“Ini kali ketiga protes ini di sini dan saya fikir ia sangat penting supaya Rusia ambil tanggungjawab kerana tidak bekerjasama dengan siasatan ini.

“Kami tidak menuduh Rusia kerana tembak jatuh MH17, tetapi kami mengadakan protes ini kerana Rusia kurang berkerjasama dalam penyiasatan MH17.

“Kami mahu Rusia bekerjasama dan berhenti menghalang penyiasatan,” katanya.

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )