MINDEF sampaikan bantuan barangan keperluan untuk mangsa banjir Johor

KLUANG,. Selepas Kelantan, Pahang dan Terengganu, Kementerian Pertahanan (MINDEF) semalam meneruskan inisiatif menyampaikan bantuan barangan keperluan kepada mangsa banjir di negeri Johor.

Panglima 7 Briged Brig Jen Mohamed Fauzi Kamis berkata, bantuan itu bertujuan meringankan beban mangsa sekali gus menunjukkan keprihatinan anggota tentera, supaya bantuan sewajarnya dapat disalurkan kepada mereka yang benar-benar memerlukannya.

Berucap pada majlis penye-rahan ‘Bantuan MINDEF Prihatin’ bernilai RM460,000 yang diserahkan kepada wakil kerajaan negeri Johor Datuk Samsolbari Jamali, di Kem Mahkota, di sini hari ini beliau berkata, kira-kira 1,500 anggota tentera terlibat membantu mangsa banjir di Johor baru-baru ini, termasuk dalam kerja-kerja membersihkan kediaman mangsa.

Sementara itu, Samsolbari yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar negeri berkata, sumbangan itu cukup bermakna dan Kerajaan Negeri Johor berterima kasih atas bantuan diberikan.

Beliau berkata, sumbangan barangan seperti pakaian, tilam, cerek, selimut dan dapur gas itu akan diserahkan kepada 21 pemimpin tempatan di kawasan terjejas bagi diagihkan kepada penerima yang layak, bergantung kepada keperluan masing-masing.

Selain MINDEF, sumba-ngan wang tunai RM210,000 bagi bantuan sama turut diberikan oleh Affin Bank pada majlis semalam.

— Bernama

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )