Minggu Nobel 2019 bermula di Stockholm

Minggu Nobel 2019 bermula di Stockholm

STOCKHOLM,. Minggu Nobel bermula di Stockholm pada Isnin dan senarai pemenang bagi hadiah paling berprestij di dunia untuk tahun 2019 bakal diumum mulai 7 hingga 14 Oktober, lapor agensi berita Sputnik.

Acara bermula dengan Perhimpunan Nobel di Institut Karolinska di ibu kota Sweden, di mana pemenang Hadiah Nobel dalam bidang fisiologi atau perubatan diumumkan.

Pada Selasa dan Rabu pula Perhimpunan Nobel di Akademi Sains Royal Sweden mengumumkan pemenang kategori fizik dan kimia.

Pada 10 Oktober, Akademi Sweden mengumumkan pemenang kategori kesusasteraan.

Pengumuman pemenang Hadiah Nobel Keamanan akan diumum Jawatankuasa Nobel Norway pada 11 Oktober.

Acara diakhiri dengan pengumuman pemenang kategori sains ekonomi Alfred Nobel pada 14 Oktober.

Jumlah hadiah yang diperuntukkan untuk setiap pemenang ialah sebanyak sembilan juta Krona Sweden (kira-kira US$ 940,000).

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)