Minyak mentah menjunam lagi 20 peratus

SINGAPURA,. Harga minyak mentah Amerika Syarikat (AS) jatuh kira-kira 20 peratus di bawah AS$15 setong hari ini, paras terendahnya dalam tempoh kira-kira dua dekad.

Kontrak penanda aras antarabangsa, minyak mentah Brent susut 1.5 peratus kepada AS$27.64 setong.

Ia berikutan kejatuhan permintaan yang dicetuskan oleh penularan COVID-19 mengatasi kesepakatan untuk mengurangkan output.

Kontrak penanda aras AS, West Texas Intermediate jatuh 18.7 peratus kepada AS$14.84 setong. – AFP

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )