Misi cari pelombong haram terperangkap dipergiat

Misi cari pelombong haram terperangkap dipergiat

LUSAKA (Zambia): Pihak berkuasa Zambia mempergiat misi mencari pelombong haram yang terperangkap dalam kejadian lombong runtuh, kata Menteri Perlombongan dan Pembangunan Mineral Paul Kabuswe pada Jumaat.

Kabuswe yang melawat lokasi kejadian memberitahu wartawan bahawa sehingga kini belum ada mangsa yang ditemukan dan jumlah sebenar pelombong yang terperangkap masih tidak dapat dipastikan.
Sebelum ini, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri dan Keselamatan Dalaman Jack Mwiimbu berkata pada sidang Parlimen bahawa lebih daripada 30 pelombong disyaki terperangkap.

Insiden itu berlaku pada Khamis selepas hujan lebat melanda, menurut Zambia National Broadcasting Corporation. Beberapa pelombong yang selamat berkata tanah runtuh berlaku tiga kawasan di lombong itu ketika pelombong sedang menjalankan aktiviti menggali untuk mencari tembaga.

— BERNAMA

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)