Model dan isteri Justin Bieber, Hailey, diserang strok semasa bersarapan

Model dan isteri Justin Bieber, Hailey, diserang strok semasa bersarapan

HAILEY Bieber, isteri kepada bintang popular Justin Bieber, telah dimasukkan ke sebuah hospital di Palm Springs Amerika Syarikat awal minggu lalu, selepas mengalami gejala serangan strok.

Peragawati berusia 25 tahun itu bagaimanapun telah dibenarkan keluar dari hospital selepas lebih seminggu menerima rawatan.

“Pada pagi Khamis, saya sedang bersarapan bersama suami apabila saya mula mengalami simptom seperti strok dan dibawa ke hospital,” kata Hailey dalam satu kenyataan di Instagram Story.

“Doktor mendapati terdapat ketulan darah beku yang kecil di otak saya, menyebabkan kekurangan oksigen, tetapi badan saya berjaya mengatasinya dan saya pulih selepas beberapa jam.

“Walaupun ini pastinya salah satu detik paling menakutkan, saya kini di rumah dan sihat, dan saya sangat berterima kasih kepada semua doktor dan jururawat yang menjaga saya,” tulisnya.

Terdahulu, suaminya, Justin disahkan positif COVID-19 bulan lalu. Justin, 28, bagaimanapun telah pulih sepenuhnya.

-Agensi

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)