Mohd Redzuan nafi khabar angin akan tinggalkan Bersatu

ALOR GAJAH, 9 Nov (Gerbangpost) — Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusoff menafikan khabar angin kononnya beliau akan meninggalkan Bersatu selepas dikatakan dipinggirkan kepimpinan tertinggi parti itu.

“Dalam politik ni, kita kena ikut keputusan parti. Kita kena akur keputusan parti. Sedikit sebanyak mungkin kita berkecil hati tapi tak boleh ada dua ketua di sini,” katanya pada sidang akhbar di Bilik Gerakan Bersatu Parlimen Alor Gajah hari ini.

Beliau turut memperkenalkan calon Perikatan Nasional (PN) bagi Dewan Undangan Negeri di bawah Parlimen Alor Gajah iaitu (DUN) Rembia Zamzuri Arifin, DUN Machap Jaya Tai Siong Jiul dan DUN Asahan B. Dhanesh.

Sementara itu Mohd Redzuan yang juga Ahli Parlimen Alor Gajah berkata politik hari ini bukan hanya tertumpu kepada saiz parti tetapi juga berdasarkan kebolehan pemimpin parti berkenaan, justeru kriteria paling utama untuk mana-mana calon dipilih pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka 20 Nov ini adalah tahap keupayaan kepimpinan calon berkenaan.

Parlimen Alor Gajah di lihat sebagai kawasan contoh yang di kuasai Perikatan Nasional yang masih kekal dan hubungan erat dengan rakyat menjadikan ketiga -tiga DUN mempunyai potansi untuk di menangi oleh calun yang di pilih oleh pucuk pimpinan.

(DUN) Rembia di lihat mempunyai harapan yang cerah yang akan ditandingi oleh En Zamzuri Arifin yang merupakan bekas penjawat awam yang bertanggung jawab dengan pembangunan Alor Gajah semasa penjawatan nya. ini memberi kelebihan kepada beliau kerana di kenali oleh seluruh penduduk Alor Gajah.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh mengundi bagi PRN Melaka pada 20 Nov dan undi awal pada 16 Nov, berikutan pembubaran Dewan Undangan Negeri pada 4 Okt lepas selepas empat Ahli Dewan Undangan Negeri menarik sokongan terhadap Ketua Menteri.

Melaka yang mempunyai 28 kerusi DUN, dengan 495,195 pengundi berdaftar.

— Dino

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )