MOTAC tangguh semua urusan bahagian pelesenan pelancongan sehingga 12 Mei

MOTAC tangguh semua urusan bahagian pelesenan pelancongan sehingga 12 Mei

KUALA LUMPUR: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menangguhkan semua urusan berkaitan perkhidmatan kaunter di Bahagian Pelesenan Pelancongan serta Pejabat MOTAC Negeri sehingga 12 Mei.

MOTAC dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan antara perkhidmatan yang ditangguhkan melibatkan bahagian pelesenan syarikat pengendali pelancongan, pemandu pelancong, Institut Latihan Pelancongan dan penarafan bintang ke atas Premis Penginapan Pelancong, Spa dan Pusat Urutan Kaki (PUK).

“Modul pembayaran secara dalam talian di dalam Sistem Pelesenan Industri Pelancongan (SPIP) masih ditutup dan tidak beroperasi sehingga tarikh berkenaan. “Bagaimanapun, permohonan dalam talian diteruskan seperti biasa dan akan diproses setelah tempoh PKP berakhir,” menurut kenyataan itu.
Justeru itu, semua perkhidmatan pelesenan pelancongan di Ibu Pejabat Putrajaya dan Pejabat MOTAC Negeri akan beroperasi semula pada 13 Mei.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)