MotoGP: Marquez dominasi Grand Prix Amerika buat kali ketujuh

AUSTIN: Marc Marquez membuktikan kepakarannya di Litar Amerika pada Ahad apabila memenangi perlumbaan MotoGP Grand Prix Amerika buat kali ketujuh. Marquez, yang bermula di petak ketiga perlumbaan, merampas pendahuluan perlumbaan dan mengekalkan rentak sehingga ke garisan penamat.

Dia juga menangani cabaran pendahulu keseluruhan pelumba, Fabio Quartararo dari pasukan Yamaha, yang menjarakkan kedudukan di senarai teratas dengan kelebihan 52 mata berbanding pencabar terdekat, Francesco Bagnaia, yang menamatkan perlumbaan di tempat ketiga untuk pasukan Ducati.

Dengan berbaki tiga perlumbaan musim ini dan 25 mata di tawarkan untuk pemenang – Quartararo semakin menghampiri kejuaraan dunia MotoGP yang pertamanya.

“Pelan adalah sama seperti yang saya lakukan dalam perlumbaan,” kata Marquez, juara dunia enam kali yang memenangi enam perlumbaan pertama yang diadakan di Austin, Texas tetapi terbabas ketika mendahului perlumbaan pada 2019.

Perlumbaan tahun lepas dibatalkan kerana pandemik COVID-19 ketika dia merawati kecederaan retak lengan kanan dalam satu kemalangan dan juga permulaan pertama di barisan hadapan saingan sejak kembali berlumba pada musim ini.

“Bermula dengan baik, saya merancang asakan pada dua selekoh pertama dan berhasil mendahului perlumbaan,” kata pelumba pasukan Honda itu.

Menjelang pertengahan perlumbaan, dia sudah memiliki kelebihan dua saat berbanding Quartararo, yang mempunyai peluang untuk menjadi juara dunia MotoGP yang pertama dari Perancis pada perlumbaan seterusnya di Misano, Itali pada 24 Oktober.

Bagnaia, yang bermula di petak pertama untuk perlumbaan ketiga berturutturut, berada pada kedudukan keempat ketika berbaki beberapa pusingan tetapi berjaya mencemaskan Jorge Martin, yang didenda kerana tidak mengambil selekoh dengan sempurna, memastikan Bagnaia menamatkan perlumbaan di tempat ketiga.

— Agensi

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )