Mourinho tetap kelas dunia: Arteta

Mourinho tetap kelas dunia: Arteta

LONDON,. Jose Mourinho masih pengendali kelas dunia dan mampu menjadi individu tepat untuk menamatkan kemarau trofi Tottenham, kata pengendali Arsenal Mikel Arteta.

Kedua-dua pengendali itu akan bertembung esok apabila Gunners bertandang ke Stadium Tottenham Hotspur.

Arteta mula mendapat pujian selepas mengubah nasib Arsenal, tetapi Mourinho, yang menggantikan Mauricio Pochettino pada November, semakin dikecam kerana gagal meningkatkan persembahan skuadnya.

Spurs kini berada di tangga kesembilan Liga Perdana Inggeris – satu mata dan satu anak tangga di bawah tetangga mereka – dan gagal melakukan percubaan tepat ketika keputusan 0-0 di Bournemouth yang diancam penyingkiran.

Tottenahm mara ke final Liga Juara-Juara musim lalu tetapi belum menjulang sebarang trofi sejak Piala Liga pada tahun 2008.

Arteta percaya bekas pengendali Chelsea, Inter Milan dan Real Madrid itu masih berada dalam kelompok elit walaupun dipecat Manchester United sebelum ini.

“Mereka ada waktu turun naik, tetapi secara keseluruhan anda dapat lihat apa yang dia cuba bawa kepada kelab.

“Dia memastikan yang mereka menang, dan dia sentiasa menang di setiap kelab yang dikendalinya.

“Jelas sekali situasi, saat ketibaannya, berbeza daripada memulakan projek baharu di musim panas, tetapi saya pasti dia akan berjaya.

“Dia pasti akan mencari jalan untuk melakukannya, mungkin akan mengambil masa tetapi saya pasti dia akan melakukannya,” kata Arteta. – AFP

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)