MRCB cadang terbit program IMTN bernilai sehingga RM5 bilion

MRCB cadang terbit program IMTN bernilai sehingga RM5 bilion

KUALA LUMPUR,. Malaysian Resources Corporation Bhd (MRCB) memaklumkan kepada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) cadangan menerbitkan program Nota Jangka Sederhana Islam (IMTN) dengan nilai nominal sehingga RM5 bilion berasaskan kepada prinsip Syariah Murabahah.

MRCB dalam makluman kepada Bursa Malaysia berkata, program IMTN itu akan mempunyai tempoh program berterusan dan diberikan penarafan awal AA-IS oleh Malaysian Rating Corporation Bhd.

Hasil yang dikumpulkan daripada program IMTN akan digunakan oleh MRCB dan anak-anak syarikat itu bagi modal kerja umum, perbelanjaan modal dan tujuan korporat am, yang patuh syariah.

“Program IMTN berfungsi sebagai sebuah platform pembiayaan bagi MRCB Group untuk membiayai pertumbuhan perniagaan dan menampung keperluan pembiayaan pada masa depan,” kata MRCB.

Sementara itu, HSBC Amanah Malaysia Bhd dan Maybank Investment Bank Bhd merupakan Penasihat Prinsipal Bersama, Penyusun Utama Bersama dan Pengurus Utama bersama bagi program IMTN.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)